Mesyuarat Panitia PSK Kali Ke 3


 
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR
75350 BATU BERENDAM, MELAKA

Tel : 06-3174376                                           Fax : 06-3171539
Kod Sekolah : MEA 2088                             Email : mea2088@pd.jaring.my
                                                                             

 







_____________________________________________________________________________________
                                    Rujukan Kami  : SMKTMu /700-7/6 (20)
                                           Tarikh               : 25 Julai 2011   
Kepada :           
Tn. Haji Zolkaply bin Yunus                    - Pengetua
Puan Lim Lay Neo                                    - GKMP Kemanusiaan
Puan Manja binti Doli                               - GPK Petang
En.Chua Kai Huat                                     - Guru Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Cik Mahazawati Mat Husin                      - Setiausaha

Guru Matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Pn. Chu Shi Harn                                     
En. Zali Mat Yasin
Pn. Tan Kwee Tung
Pn. Hasnah Seman
Pn. Norazila Zakaria
En. Abd Khalek Haji
Pn. Nur Eleeza Amir
Pn. Shariffa Gayah
En. Abd. Kadir Idris
Cik Aniha Ahmad
En. Yussup Ismail
En. Lee Kok Kong
En. Lee Hock Chan
Pn. Siti Rokhana
Cik. Ho



Tuan/Puan,

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KALI KE-3 SESI AKADEMIK 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.             Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut :

                                Tarikh                    :               26 Julai 2011 ( Selasa )
                                Tempat                   :               Bilik Tayang
                                Masa                       :               1.30 petang

3.                    Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
3.1     Ucapan Pengerusi
3.2     Ucapan GKMP Kemanusiaan
3.3     Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Ke 2/ 2011
3.4     Bangkitan Minit Mesyuarat Kali Ke 2/ 2011
3.5     Perkara yang dibincangkan :
a)        Penggunaan ICT dalam P&P: You Tube, EduWeb
b)       Perbincangan PBS Sejarah PMR
c)        Program Bulan Kemerdekaan
d)       Masalah P&P
               3.6 Hal-hal lain

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………..
(CIK MAHAZAWATI BINTI MAT HUSIN)
Setiausaha Panitia Sivik dan Kewarganegaraan,
SMK Tun Mutahir.

S.k           Tn. Haji Zolkaply b. Yunus    - Pengetua SMK Tun Mutahir               -Tuan dijemput hadir
                Pn. Lim Lay Neo                                     - GKMP Kemanusiaan                          - Puan dijemput hadir




AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KE-54 2011
                                                                       
Bil
Aktiviti
Tarikh Pelaksanaan
Panitia/Kawasan
1.
Perhimpunan Khas Peancaran Ceria Merdeka
3 Ogos
Panitia Pendidian Sivik dan Kewarganegaraan
2.
Pertandingan Menyanyi lagu Patriotik
10- 13 Ogos
Guru Sivik Ting. 1 dan 2
3.
Pertandingan Mengarang Esei Patriotik
1-30 Ogos
Guru Sivik Ting. 4
4.
Pameran ‘Merdeka’
16 Ogos- 16 Sept
Guru Sivik Ting. 3 dan 5
5.
Lawatan
September 2011
Guru Sivik Ting.1, Ting.2 dan Ting.4

MINIT MESYUARAT KALI KE-2

MINIT MESYUARAT PANITIA SIVIK & KEWARGANEGARAAN KALI-2/2011
SMK TUN MUTAHIR


TARIKH         : 11 MEI 2011
HARI                          : RABU
MASA            : 1.30-2.30 Petang.
TEMPAT        : BILIK TAYANG

KEHADIRAN           :
  1. En Chua Kai Huat
  2. Pn Manja Md Doli
  3. Pn Chu Shi Harn
  4. Pn Tan Kwee Tung
  5. Pn Hasnah Seman
  6. Pn Norazila Zakaria
  7. En Abd Khalek Haji
  8. Pn Nur Eleeza Amir
  9. En Abd Kadir Idris
  10. Cik Aniha Ahmad
  11. Lee Hock Chan
  12. Siti Rokhana Osman
  13. Cik Ho Yin Mei

TIDAK HADIR :
  1. Lee Kok Kong                                    - MC
  2. Pn Shariffa Gayah                  - Ada kelas
  3. En Yussup Ismail                    - Ada kelas                 
  4. En Zali Mat Yasin                   - Ada kelas
  5. Cik Mahazawati                      - Menghadiri Temuduga        

TURUT HADIR :
  1. Pn Lim Lay Neo                                 - GKMP Kemanusiaan


AGENDA MESYUARAT

1.0              Ucapan Pengerusi
1.1              Tuan Pengerusi mengalu-ngalukan kedatangan kehadiran semua guru mata  pelajaran PSK dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran kali kedua bagi sesi 2011.
1.2              Tuan pengerusi juga memohon maaf atas mempercepatkan mesyuarat sehari lebih awal kerana bertindih dengan Mesyuarat Kewangan yang diadakan pada hari Khamis di Bilik Tayang.


2.0              Ucapan GKMP Kemanusiaan
2.1              Pn Lim Lay Neo mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru pada kali ini.
2.2              Pn Lim mengingatkan kepada setiap penyelaras tingkatan supaya sediakan kertas kerja untuk Program Khidmat Masyarakat yang akan dijalankan oleh para pelajar dengan menggunakan peruntukan yang telah diagihkan bagi setiap tingkatan oleh ketua panitia mengikut tema yang telah ditetapkan.
2.3              Pn Lim Lay Neo mencadangkan supaya guru-guru PSK mempelbagaikan aktiviti yang menarik untuk Minggu Panitia PSK yang akan datang. Hal ini bagi menarik minat para pelajar untuk mengenali PSK dengan lebih mendalam.
Tindakan:Penyelaras Tingkatan dan Guru PSK

3.0              Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
3.1              Ketua panitia membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan disahkan sebulat suara.
3.2              Pencadang       : Cik Aniha
3.3              Disokong         : En Abdul Kadir Idris
Tindakan: Guru PSK

4.0              Bangkitan minit mesyuarat yang lalu
4.1              Ketua Panitia telah berjaya membina blog panitia seperti yang dirancang awal tahun ini. Segala makluman telah dimasukkan ke dalam blog panitia berkenaan dengan subjek ini. Setiausaha dan Ketua Panitia akan mengemaskini blog panitia dari semasa ke semasa.
4.2              Seperti yang sedia maklum, peperiksaan pertengahan tahun untuk subjek ini ialah 1 jam. Guru-guru penggubal soalan boleh pelbagaikan bentuk soalan kepada pelajar sama ada dalam bentuk aneka pilihan, isi tempat kosong, suai padan atau sebagainya. Guru-guru juga perlu membuat soalan yang mudah untuk pelajar menjawab dan tidak memberi tekanan kepada pelajar supaya pelajar boleh mendapat markah yang baik dalam peperiksaan. Soalan yang dikemukakan tidak boleh mengandungi unsur-unsur sensitive seperti isu agama, politik atau sebagainya.
4.3              Markah peperiksaan akhir tahun dikira berdasarkan 60% peperiksaan akhir tahun dan ditambah dengan khidmat masyarakat sebanyak 40% untuk semua tingkatan beserta laporan.

Tindakan: Guru PSK

5.0              Program Khidmat Masyarakat
5.1              Tema untuk Program Khidmat Masyarakat untuk setiap tingkatan adalah mengikut tema dalam buku PSK.
5.2              Berikut ialah Tema untuk Program Khidmat Masyarakat
·         Tema 1-  Pencapaian kendiri
·         Tema 2 - Hubungan kekeluargaan
·         Tema 3 – Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia
·         Tema 4 – Hidup Bermasyarakat
·         Tema 5 – Cabaran Masa Depan
5.3       Program ini akan bermula selepas cuti sekolah pertengahan tahun dan berakhir sebelum bulan Oktober.
Tindakan: Guru PSK

6.0              Pembentangan kertas kerja
6.1       En Abdul Kadir selaku penyelaras tingkatan 4 membentangkan kertas kerja untuk Program Khidmat Masyarakat yang akan dilakukan oleh pelajar-pelajar tingkatan 4.
Tindakan: En Abdul Kadir dan Guru PSK Tingkatan 4
6.2       Tuan pengerusi juga memaklumkan bahawa Tuan Pengetua juga telah meluluskan kertas kerja untuk Program Khidmat Masyarakat PSK untuk tingkatan 1
Tindakan: En Yussup dan Guru PSK Tingkatan 1

7.0              Laporan Kewangan 2011
7.1              PCG panitia untuk tahun 2011 ialah sebanyak RM 10,800.
7.2              Peruntukan untuk program khidmat masyarakat
·         Tingkatan 1 – RM 800
·         Tingkatan 2 – RM 800
·         Tingkatan 3 – RM 900
·         Tingkatan 4 – RM 1000
·         Tingkatan 5 -  RM 1100
7.3              Berikut merupakan peruntukan untuk aktiviti lain bagi tahun 2011
·         Gotong-royong – RM 800
·         Lawatan PSK – RM 600
·         Minggu PSK – RM 1000
·         Bulan Patriotik – RM 1000
·         BBM – RM 2800
Tindakan: Guru PSK
8.0              Hal-hal lain
8.1              Setiap guru akan dibekalkan marker pen mengikut sesi. Sesi pagi diketuai oleh Ketua Panitia sendiri untuk membeli marker pen manakala untuk sesi petang diketuai oleh Setiausaha Panitia untuk membeli marker menggunakan peruntukan kewangan panitia.

Mesyuarat ditangguhkan jam 2.30 petang.

Disediakan oleh,
NUR ELEEZA BINTI AMIR
Setiausaha PSK SMK Tun Mutahir




























ANGGARAN PERBELANJAAN PCG PANITIA 2011

SMK TUN MUTAHIR, BATU BERENDAM, MELAKA

ANGGARAN PERBELANJAAN
PANITIA
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 2011

PERUNTUKAN PCG TAHUN 2011 RM 10,750.00
BAKI TAHUN 2010 RM 650.82
JUMLAH RM 11,400.82


BIL
PROGRAM
SASARAN
[Ting]
BULAN PELAKSANAAN
RM
TINDAKAN
1
Projek Khidmat Masyarakat


1
2
3
4
5
Mac – Okt
800
800
900
1000
1100
Penyelaras Ting dan guru
Ting 1 -5
2
Gotong Royong I/II
1 – 5
Penggal I/II
800
Semua guru


3
Lawatan PSK 2011
1 – 5
Penggal I/II
600
Guru Ting 1 -5


4
Minggu PSK 2011
1 – 5
Julai
1000
Guru Ting 1 -5


5
Bulan Patriotik 2011
1 – 5
Ogos – Sept
1000
Guru Ting 1 -5

6
Bahan Bantu Mengajar P&P
1 – 5
Jan – Nov
2800

Penyelaras Ting dan
Guru Ting 1 -5


Jumlah Perbelanjaan RM 10,800.00
Baki RM 600.82 [5.27%]






  • Keperincian anggaran perbelanjaan akan disediakan melalui kertas kerja mengikut perancangan program/aktiviti.

KHIDMAT MASYARAKAT

  • Difinisià kerja amali yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam. Ia merupakan penyertaan aktif dalam kerja khidmat kepada komuniti sekolah atau komuniti luar sekolah.
  • Matlamat khidmat masyarakat:
    1. Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarnegaraan di luar bilik darjah
    2. Memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara
    3. Menjadi warganegara yang patriotic, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara
  • Cadangan Projek Khidmat Masyarakat
Tingkatan
Tema
Cadangan Khidmat Masyarakat
1
·  Pencapaian kendiri
·  Hubungan Kekeluargaan
·  Projek Learning To Say No
·  Projek Peer Counselling
·  Projek penjagaan kesihatan dan keselamatan diri
·  Kajian masa depan tentang kualiti hidup keluarga masa depan.
2
·  Pencapaian kendiri
·  Hubungan Kekeluargaan
·  Projek reakreasi tempat tinggal
·  Projek kenali jiran tetangga
·  Projek job week
·  Projek membantu warga tua di rumah kebajikan
·  Projek membersihkan rumat ibadat/rumah orang tua/ rumah kebajikan
·  Cadangan meningkatkan kemudahan awam untuk golongan kurang upaya
·  Projek mengindahkan kawasan tempat tinggal
·                  Projek khidmat sukarela di rumah anak yatim/ kanak-kanak istimewa
3
·  Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia
·  Persembahan kebudayaan pelbagai kaum
·  Projek jual makanan pelbagai kaum
·  Pameran pelbagai budaya Malaysia
·  Cadangan pemuliharaan bangunan/ artifak bersejarah
·  Kajian seni bina bangunan bersejarah
·  Projek stesen radion sekolah
4
·  Malaysia Negara Berdaulat
·        Kajian tentang sumbangan pemimpin
·        Pengumpulan episode menarikk dalam sejarah
·        Pengumpulan kisah/cerita patriotic
·        Pameran maksud/ erti kemerdekaan
·        Kajian latar belakang dan maksud bendera/ jata negeri dan Negara
·        Kajian tentang flora dan fauna di Malaysia
·        Cadangan meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat
5
· Cabaran masa depan
·        Projek menyelesaikan masalh komuniti perumahan/sekolah
·        Projek tabungan untuk membantu pelarian/ mangsa bencana alam
·        Projek mereka cipta sistem pengangkutan mesra alam
·        Projek mereka cipta alatan moden alaf baru
·        Projek membina laman web mempromosikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pelbagai bidang.
·        Pameran tentang Malaysia sebagai pusat pendidikan antarabangsa
·        Projek berita/ bulletin warga sihat.

Senarai Nama Guru PSK Tahun 2011/JAN

SMK TUN MUTAHIR, MELAKA
PANITIA
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 2011

SENARAI NAMA GURU

BIL
NAMA GURU
TINGKATAN[KELAS]
EN. LEE HOCK CHAN
2 [2]
PN. NUR ELEEZA AMIR
2 [4]
PN. SITI ROKHANA
2 [2]
EN.LEE KOK KONG
2 [2]
EN. YUSSUP ISMAIL
1 [4]
CIK MAHAZAWATI MAT HUSIN
3 [3]
PN HASNAH SEMAN
1 [2]
PN. CHU SHIH HARN
1 [1]. 2 [2]
CIK HO YIN MEI
1 [1]
EN. CHUA KAI HUAT
5 [3]
EN.AB. KADIR IDRIS
4 [5]
CIK ANIHA AHMAD
5 [2]
PN. SYARIFFA GAYAH ABDULLAH
5 [3]
EN. ZALI MAT YASIN
4 [3]
EN. ROSLEE MAHAT@KASSIM
3 [1], 4 [1], 5 [1]
CIK TAN KWEE TUNG
3 [3]
PN. NORAZILA ZAKARIA
3 [3]


















PANITIA PSK/2011