KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT







KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1
SMK TUN MUTAHIR 2011





KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT
SMK TUN MUTAHIR 2011

PENGENALAN :

            Khidmat Masyarakat ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan murid secara kumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti.

Melalui Khidmat Masyarakat ini, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari dalam bilik darjah. Murid juga dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini murid dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

OBJEKTIF :

1)                  Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah.
2)                  Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
3)                  Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

KUMPULAN SASARAN :
Semua pelajar tingkatan satu

TEMPOH PERLAKSANAAN :
Mac hingga September.






PENGISIAN :
Program 1
Tema                                      : Pencapaian Kendiri
Nama Projek                         : “POTENSI DIRI KE ARAH KECEMERLANGAN”
Aktiviti yang dicadangkan   : Ceramah Motivasi dan latihan dalam kumpulan
Kumpulan Sasaran               : 120 pelajar tingkatan 1
Tarikh Pelaksanaan              : 21 Mei 2011

Program 2
Tema                                      : Hubungan Kekeluargaan
Nama Projek                         : Profil Keluarga Asas dan Keluarga Kembangan / Kajian
                                                  Kehidupan Keluarga pada Masa Depan
Aktiviti yang dicadangkan   : Buku Folio
Kumpulan Sasaran               : Semua Pelajar Tingkatan 1
Tarikh Pelaksanaan              : Jun 2011

PENGLIBATAN GURU:
Semua guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

ANGGARAN KOS DAN PERBELANJAAN
Rujuk lampiran A

Disediakan oleh :                                                        Disemak oleh :

________________________                                    __________________________
( EN. YUSSUP BIN ISMAIL )                                 (EN. CHUA KAI HUAT)
Guru Panitia                                                              Ketua Guru Panitia
Pend Sivik & Kewarganegaraan                             Pend Sivik & Kewarganegaraan


Disahkan oleh :
\
________________________
(TUAN HAJI ZOLKAPLY BIN YUNUS )
Pengetua Smk Tun Mutahir


Lampiran A


ANGGARAN KOS DAN PERBELANJAAN

PERKARA
BIL
SEUNIT (RM)
JUMLAH (RM)
Makanan Pelajar
120
2.50
RM   300.00
Marker ( hitam, merah, biru )
5 kotak
10.00
 RM    50.00

Manila kad
50 keping
0.50
 RM    25.00
Magic pen
10 kotak
4.00
 RM    40.00
Gam
5
2.00
 RM    10.00
Fail pelajar
120
1.00
RM  120.00
Bayaran Penceramah
3 slot
150.00/slot
RM  450.00
Jumlah
RM  995.00                                                                                                                              

Tema                                      : Hubungan Kekeluargaan
Nama Projek                         : Profil Keluarga Asas dan Keluarga Kembangan / Kajian
                                                  Kehidupan Keluarga pada Masa Depan

SEJARAH DIRI DAN KELUARGA
1.       PENGHARGAAN
2.       OBJEKTIF KAJIAN
a.       MENGETAHUI ASAL USUL
b.      MENGENALI AHLI KELUARGA
c.       MEMUPUK RASA CINTA

3.       KAEDAH KAJIAN
a.       TEMUBUAL
b.      MENGANALISIS DOKUMEN

4.       LAPORAN KAJIAN
a.       SALASILAH KELUARAGA IBU / BAPA / SAYA
b.      PERKEMBANGAN DIRI DAN KELUARGA
                                                               i.      BIODATA SEMUA AHLI KELUARGA
c.       TOKOH DALAM KELUARGA
d.      PERISTIWA BERSEJARAH / PAHIT MANIS DALAM KELUARGA
e.      RUMUSAN

5.       LAMPIRAN
6.       RUJUKAN

 



 

KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2
SMK TUN MUTAHIR 2011





KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT
SMK TUN MUTAHIR 2011

PENGENALAN :

            Khidmat Masyarakat ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan murid secara kumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti.

Melalui Khidmat Masyarakat ini, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari dalam bilik darjah. Murid juga dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini murid dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

OBJEKTIF :

1)                  Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah.
2)                  Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
3)                  Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

KUMPULAN SASARAN :
Semua pelajar tingkatan dua

TEMPOH PERLAKSANAAN :
Jun hingga Oktober.






PENGISIAN :
Program 1
Tema                                      : Hidup Bermasyarakat
Nama Projek                         : “SEKOLAHKU SYURGAKU”
Aktiviti yang dicadangkan   : Gotong-royong membersihkan kawasan sekolah mengikut    tempat yang di tetapkan bagi setiap kelas dan laporan gotong royong.
Kumpulan Sasaran               : Semua  pelajar tingkatan 2
Tarikh Pelaksanaan              : 24 Jun 2011, 22 Julai 2011 dan 30 September 2011
Masa                                      : 4.30 hingga 6.30 petang
Penglibatan guru                   :Semua guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan guru     matapelajaran masa tersebut.

ANGGARAN KOS DAN PERBELANJAAN
Rujuk lampiran A

TEMPAT YANG DITETAPKAN UNTUK SETIAP KELAS
Rujuk lampiran B

Disediakan oleh :                                                        Disemak oleh :

________________________                                    __________________________
( PN NUR ELEEZA BT AMIR )                              (EN. CHUA KAI HUAT)
Guru Panitia                                                              Ketua Guru Panitia
Pend Sivik & Kewarganegaraan                             Pend Sivik & Kewarganegaraan


Disahkan oleh :

________________________
(TUAN HAJI ZOLKAPLY BIN YUNUS )
Pengetua Smk Tun Mutahir






Lampiran A


ANGGARAN KOS DAN PERBELANJAAN

PERKARA
BIL
SEUNIT (RM)
JUMLAH (RM)
Minuman Pelajar
260
0.50
RM   130.00
Plastik hitam
3 plastik
10.00
 RM    30.00
Sarung tangan
10 kotak
6.00
 RM   60.00
*Cat  ( merah jambu dan biru )
6 tin
40.00
RM    240.00

*Berus cat
10 batang
4.00
 RM   40.00
*Pelarut cat
2 tin
18.00
RM  36.00
*Penggelek  cat
4 batang
10.00
RM  40.00
*Bekas penggelek cat
2 bekas
10.00
RM  20.00
**Poster (3’x4’ fully colourful printed whiteboard chart with aluminium frames & safety corner caps)
9 keping
280
RM 2520
Jumlah
RM  3116.00

* Untuk mengecat tandas pelajar
** Untuk dipamerkan di Dewan Tun Mutahir
















Lampiran B



KELAS
TEMPAT GOTONG-ROYONG
2 I
Blok A
2 A
Blok B
2 J
Blok C
2 C
Blok D
2 R
Blok Bengkel-Bengkel
2 V
Kawasan Letak Kereta Guru-Guru Dan Gelanggang Bola Keranjang
2 B
Kawasan Kantin Dan Teratak Ilmu
2 D
Menceriakan Dewan
2 H
Mengecat Tandas Pelajar


 



PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

KHIDMAT MASYARAKAT TINGKATAN 4
2011

“SEKOLAHKU HIJAU”













KERTAS KERJA - KHIDMAT MASYARAKAT
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 4 ( 2011)

Tema : “SEKOLAH CERIA, LAGI INDAH”

1.       PENGENALAN
Khidmat Masyarakat ialah komponen amali dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Setiap  murid  dikehendaki menjalani projek tertentu di luar waktu sekurang-kurangnya  10 jam setahun. Projek ini memerlukan murid melibatkan secara aktif terhadap kerja khidmat komuniti sekolah atau komuniti luar sekolah.
Melalui Khidmat Masyarakat ini murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari di dalam kelas. Murid juga dapat berasakan dirinya sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini murid dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

2.       Objektif
                                I.            Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah.
                              II.            Memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara.
                            III.            Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
 
3.       Tema
Untuk Tingkatan 4 , projek yang dicadangkan berdasarkan Tema 5 iaitu Malaysia Negara Berdaulat. Ia menghuraikan unsur patriotik dan kedaulatan Negara, sistem pemerintahan serta hak dan tanggungjawab warganegara.

4.       Cadangan Projek
Projek adalah berbentuk cadangan meningkatkan kualiti hidup masyarakat – Menghijaukan Kawasan SetempatSekolahku Hijau. Ini sesuai dengan seruan kerajaan Negeri Melaka Bandar Teknologi Hijau.
Antara aktiviti yang dirancangkan ialah :
                                                        I.            membersihkan Taman KH sebagai tapak semaian
                                                      II.            menanam pokok bunga yang bersesuaian
                                                    III.            membersihkan kawasan bunga-bungaan yang terdapat di sekolah
                                                    IV.            aktiviti memasukan semula pokok-pokok lama. Pokok-pokok  bunga yang telah hidup nanti kemudian akan digunakan untuk menghiasi persekitaran sekolah agar nampak lebih segar dan ceria.


5.       Tarikh , Masa dan Sasaran
(Jun- Ogos) 2011, Di luar waktu P&P dan semua pelajar tingkatan 4

6.       Guru Penasihat
Guru-guru PSK Tingkatan 4

7.       Pelaksanaan Projek
Semua pelajar tingkatan 4 dibahagikan 4 kumpulan di dalam kelas masing-masing dan berjumlah 37 kumpulan semuanya. Sila lihat lampiran 1

8.       Kos Projek
Berikut adalah anggaran perbelanjaan projek:

Bil
Aktiviti
Kos (RM) x Unit x Kumpulan Pelajar
Jumlah (RM)
1.
Menanam Pokok Bunga
        I.            Pasu Bunga Saiz Sederhana
      II.            Tanah Campuran
    III.            Baja NPK Green


10 x 2 x 37
10 x 1 x 37
140 x 1

740.00
370.00
140.00

Jumlah

1250.00

9.       Penutup
Adalah diharapkan program ini akan dapat dilaksanakan dengan sepenuh jiwa raga pelajar dan mendapat bantuan dari Pihak Pengetua dan sekolah. Sesungguhnya Khidmat Masyarakat setempat PSK ini  adalah bertujuan melahirkan pelajar yang sanggup  dan boleh memberi sumbangan  serta prihatin  tentang keindahan alam sekitar dan menghargai persekitaran yang indah. Di samping itu, penglibatan pelajar ini akan membuat pelajar melihat keistimewaan yang terdapat di sekolah dan menjadi pengalaman baru kepada pelajar. Dengan ini , diharap para pelajar dapat menjadikan program ini sebagai batu loncatan ke arah kemajuan diri dan pemantapan sahsiah diri pelajar.
Disediakan Oleh:


Disemak Oleh:

Disahkan Oleh:

Diluluskan Oleh:

……………………………..


………………………………


…………………………….



…………………………………….
En Abd Kadir Bin Idris

En Chua Kai Huat

Pn Lim Lay Neo

Tn. Hj. Zolkaply Bin Yunus
Penyelaras PSK T4

Ketua Paniatia PSK
SMK Tun Mutahir

GKMP
SMK Tun Mutahir

Pengetua
SMK Tun Mutahir


                Lampiran 1
Tingkatan 4
Bil. Kumpulan
Aktiviti dan Kawasan
SN
4
Menanam pokok bunga dan membersihkan kawasan Blok G
SI
4
Menanam pokok bunga dan membersihkan kawasan Blok G
PA1
4
Menanam pokok bunga dan membersihkan kawasan Blog G
PA2
4
Menanam pokok bunga dan membersihkan kawasan Taman KH
SS
4
Menanam pokok bunga dan membersihkan kawasan Taman KH
K1
4
Menanam pokok bunga dan membersihkan kawasan Taman KH
K2
4
Menanam pokok bunga dan membersihkan kawasan Taman KH
K3
4
Menanam pokok bunga dan membersihkan kawasan Taman KH
K4
4
Menanam pokok bunga dan membersihkan kawasan Taman KH
Khas
1
Menanam pokok bunga dan membersihkan kawasan Pendidikan Khas

                Pemilihan Pokok Bunga berpandukan pokok yang senang hidup, cantik , mudah hidup dan penjagaan yang minima seperti pokok puding , pokok bunga kertas dan kelapa renek serta lain-lain yang bersesuaian. Setiap  kumpulan bertanggungjawab menjaga pokok dari segi penyiraman dan merumput sehingga akhir tahun.