MINIT MESYUARAT KALI KE-2

MINIT MESYUARAT PANITIA SIVIK & KEWARGANEGARAAN KALI-2/2011
SMK TUN MUTAHIR


TARIKH         : 11 MEI 2011
HARI                          : RABU
MASA            : 1.30-2.30 Petang.
TEMPAT        : BILIK TAYANG

KEHADIRAN           :
  1. En Chua Kai Huat
  2. Pn Manja Md Doli
  3. Pn Chu Shi Harn
  4. Pn Tan Kwee Tung
  5. Pn Hasnah Seman
  6. Pn Norazila Zakaria
  7. En Abd Khalek Haji
  8. Pn Nur Eleeza Amir
  9. En Abd Kadir Idris
  10. Cik Aniha Ahmad
  11. Lee Hock Chan
  12. Siti Rokhana Osman
  13. Cik Ho Yin Mei

TIDAK HADIR :
  1. Lee Kok Kong                                    - MC
  2. Pn Shariffa Gayah                  - Ada kelas
  3. En Yussup Ismail                    - Ada kelas                 
  4. En Zali Mat Yasin                   - Ada kelas
  5. Cik Mahazawati                      - Menghadiri Temuduga        

TURUT HADIR :
  1. Pn Lim Lay Neo                                 - GKMP Kemanusiaan


AGENDA MESYUARAT

1.0              Ucapan Pengerusi
1.1              Tuan Pengerusi mengalu-ngalukan kedatangan kehadiran semua guru mata  pelajaran PSK dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran kali kedua bagi sesi 2011.
1.2              Tuan pengerusi juga memohon maaf atas mempercepatkan mesyuarat sehari lebih awal kerana bertindih dengan Mesyuarat Kewangan yang diadakan pada hari Khamis di Bilik Tayang.


2.0              Ucapan GKMP Kemanusiaan
2.1              Pn Lim Lay Neo mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru pada kali ini.
2.2              Pn Lim mengingatkan kepada setiap penyelaras tingkatan supaya sediakan kertas kerja untuk Program Khidmat Masyarakat yang akan dijalankan oleh para pelajar dengan menggunakan peruntukan yang telah diagihkan bagi setiap tingkatan oleh ketua panitia mengikut tema yang telah ditetapkan.
2.3              Pn Lim Lay Neo mencadangkan supaya guru-guru PSK mempelbagaikan aktiviti yang menarik untuk Minggu Panitia PSK yang akan datang. Hal ini bagi menarik minat para pelajar untuk mengenali PSK dengan lebih mendalam.
Tindakan:Penyelaras Tingkatan dan Guru PSK

3.0              Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
3.1              Ketua panitia membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan disahkan sebulat suara.
3.2              Pencadang       : Cik Aniha
3.3              Disokong         : En Abdul Kadir Idris
Tindakan: Guru PSK

4.0              Bangkitan minit mesyuarat yang lalu
4.1              Ketua Panitia telah berjaya membina blog panitia seperti yang dirancang awal tahun ini. Segala makluman telah dimasukkan ke dalam blog panitia berkenaan dengan subjek ini. Setiausaha dan Ketua Panitia akan mengemaskini blog panitia dari semasa ke semasa.
4.2              Seperti yang sedia maklum, peperiksaan pertengahan tahun untuk subjek ini ialah 1 jam. Guru-guru penggubal soalan boleh pelbagaikan bentuk soalan kepada pelajar sama ada dalam bentuk aneka pilihan, isi tempat kosong, suai padan atau sebagainya. Guru-guru juga perlu membuat soalan yang mudah untuk pelajar menjawab dan tidak memberi tekanan kepada pelajar supaya pelajar boleh mendapat markah yang baik dalam peperiksaan. Soalan yang dikemukakan tidak boleh mengandungi unsur-unsur sensitive seperti isu agama, politik atau sebagainya.
4.3              Markah peperiksaan akhir tahun dikira berdasarkan 60% peperiksaan akhir tahun dan ditambah dengan khidmat masyarakat sebanyak 40% untuk semua tingkatan beserta laporan.

Tindakan: Guru PSK

5.0              Program Khidmat Masyarakat
5.1              Tema untuk Program Khidmat Masyarakat untuk setiap tingkatan adalah mengikut tema dalam buku PSK.
5.2              Berikut ialah Tema untuk Program Khidmat Masyarakat
·         Tema 1-  Pencapaian kendiri
·         Tema 2 - Hubungan kekeluargaan
·         Tema 3 – Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia
·         Tema 4 – Hidup Bermasyarakat
·         Tema 5 – Cabaran Masa Depan
5.3       Program ini akan bermula selepas cuti sekolah pertengahan tahun dan berakhir sebelum bulan Oktober.
Tindakan: Guru PSK

6.0              Pembentangan kertas kerja
6.1       En Abdul Kadir selaku penyelaras tingkatan 4 membentangkan kertas kerja untuk Program Khidmat Masyarakat yang akan dilakukan oleh pelajar-pelajar tingkatan 4.
Tindakan: En Abdul Kadir dan Guru PSK Tingkatan 4
6.2       Tuan pengerusi juga memaklumkan bahawa Tuan Pengetua juga telah meluluskan kertas kerja untuk Program Khidmat Masyarakat PSK untuk tingkatan 1
Tindakan: En Yussup dan Guru PSK Tingkatan 1

7.0              Laporan Kewangan 2011
7.1              PCG panitia untuk tahun 2011 ialah sebanyak RM 10,800.
7.2              Peruntukan untuk program khidmat masyarakat
·         Tingkatan 1 – RM 800
·         Tingkatan 2 – RM 800
·         Tingkatan 3 – RM 900
·         Tingkatan 4 – RM 1000
·         Tingkatan 5 -  RM 1100
7.3              Berikut merupakan peruntukan untuk aktiviti lain bagi tahun 2011
·         Gotong-royong – RM 800
·         Lawatan PSK – RM 600
·         Minggu PSK – RM 1000
·         Bulan Patriotik – RM 1000
·         BBM – RM 2800
Tindakan: Guru PSK
8.0              Hal-hal lain
8.1              Setiap guru akan dibekalkan marker pen mengikut sesi. Sesi pagi diketuai oleh Ketua Panitia sendiri untuk membeli marker pen manakala untuk sesi petang diketuai oleh Setiausaha Panitia untuk membeli marker menggunakan peruntukan kewangan panitia.

Mesyuarat ditangguhkan jam 2.30 petang.

Disediakan oleh,
NUR ELEEZA BINTI AMIR
Setiausaha PSK SMK Tun Mutahir




























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan