MINIT MESYUARAT PANITIA SIVIK & KEWARGANEGARAAN KALI 1/2012

MINIT MESYUARAT PANITIA SIVIK & KEWARGANEGARAAN KALI 1/2012

SMK TUN MUTAHIR





Tarikh              : 19 Januari 2012

Hari                 : Khamis

Masa                : 1.30 - 2.30 Petang

Tempat            : Perpustakaan SMK Tun Mutahir



Kehadiran       : En Chua Kai Huat

                          En Abd Kadir Bin Idris

                          En Abd Khalek Bin Haji

                          Cik Aniha Binti Ahmad

                          Pn Hasnah Binti Seman

                          Pn Siti Aisah Binti Mohd Noor

                          Cik Ho Yin Mei

                          En Lee Kok Kong

                          Pn Nor Haslinda Binti Kamisan

                          Cik Nurul Ezzah Binti Roslan

                          Pn Rohana Binti Mamat

                          En Zali Bin Mat Yasin

                          



Tidak Hadir     : Tuan Hj Hussin Sirun         (Pengetua)                   -  Mesyuarat

                          Pn Lim Lay Neo  (GKMP Kemanusiaan)              -   Mesyuarat

                          Pn Siti Munirah Shahari                                         -  (Cuti Bersalin)

                          Yong Yoke Mee                                                     -  ( Kelas )





                         

AGENDA MESYUARAT

1.0  Ucapan Pengerusi

1.1  Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran semua guru mata pelajaran PSK yang lama dan baru tingkatan 1 hingga tingkatan 5 bagi tahun 2012  serta mengucapkan terima kasih atas kehadiran para guru bagi mesyuarat kali pertama bagi sesi 2012. 

1.2  Pengerusi juga mengagihkan ‘marker pen ‘kepada semua guru yang hadir dalam mesyuarat PSK.                                                             

                                                                          Tindakan : Semua guru PSK















2.0 Membentang Dan Mengesahkan Minit.

            2.1 Ketua Panitia membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan disahkan

                  sebulat suara.

2.2 Pencadang : En Abd Kadir Idris

2.3 Penyokong :Pn Hasnah Seman.

                                                                                        Tindakan : Semua guru PSK

           

                                               

3.0  Bangkitan Minit Mesyuarat Yang Lalu.

3.1 Semua program-program yang dirancang  dapat dilaksanakan dengan

      jayanya. Antara program yang dijalankan ialah Pogram 3K,Program 5S

      sekolah,Gotong Royong Perdana Sekolah,Bulan Kemerdekaan serta

      program selepas PMR iaitu lawatan sambil belajar ke tempat-tempat

      bersejarah di Melaka.

3.2 Pengerusi juga menyatakan bahawa Laporan Belanjawan telah pun

     dihantar berdasarkan mesyuarat yang telah diadakan baru-baru ini

                                                                                        Tindakan : Semua guru PSK                                                                                       

4.0  Perkara Yang Dibincangkan



4.1   Pengerusi memaklumkan kepada semua guru PSK bahawa segala buku

       rujukan telah pun di beli akan diserahkan kepada guru mengikut tingkatan

       masing-masing.

4.2   Pengerusi meminta agar  semua guru PSK supaya menyiapkan rancangan

       tahunan bagi matapelajaran PSK dengan baik dan tersusun.

4.3  Pengerusi juga berkongsi  pendapat semua guru PSK supaya memberikan idea  berkaitan aktiviti –aktiviti baru yang akan dijalankan sepanjang tahun 2012.

                                                                            Tindakan : Semua guru PSK

5.0  Pengajaran Dan Pembelajaran PSK

5.1  Pengerusi memaklumkan bahawa setiap tingkatan mempunyai

      penyelaras. Antaranya ialah:

          Penyelaras Ting 1 :  En Abd Khalek Bin Haji

          Penyelaras Ting 2 :  Pn Hasnah Binti Seman

                      Penyelaras Ting 3 :  Cik Nurul Ezzah Binti Roslan

                      Penyelaras Ting 4 :  En Abd Kadir Bin Idris

                      Penyelaras Ting 5 :  Cik Aniha Binti Ahmad



         

5.2  Selain itu,pengerusi juga menjelaskan kepada semua guru PSK supaya

      membantu pelajar dari segi pemberian markah antaranya buku teks,buku

      nota,buku latihan sudah cukup untuk membantu pelajar mendapat

      markah.Penilaian yang boleh dilakukan oleh guru PSK dalam pelbagai

      bentuk soalan atau aneka pilihan sama ada objektif,struktur atau esei. Bagi

      sistem pemarkahan pula,penilaian dalaman iaitu ujian bertulis sebanyak

      100% atau dicampur aspek pemerhatian guru@ kerja kumpulan.

5.3 Pengerusi juga menjelaskan sistem pemarkahan akhir tahun

      pula,penilaian akan dinilai melalui ujian bertulis di tambah 40% daripada

      projek khidmat masyarakat.

5.4 Pengerusi juga menerangkan cara-cara membuat soalan PSK yang tepat

      berdasarkan pengalaman pengerusi yang telah dilantik menjadi pengubal

      soalan PSK. Malah pembinaan item soalan hendaklah selaras mengikut

      piawai sekolah.

5.5 Pengerusi juga menegaskan bahawa item soalan hendaklah soalan yang

relevan malah tiada unsur sensitif ataupun bercampur isu politik.

5.6 Pengerusi juga mengingatkan kepada semua guru hendaklah memasukkan

      markah yang diajar kedalam SAPS.                    

                                                                            Tindakan : Semua guru PSK

     

6.0  Perancangan Aktiviti/Program Panitia 2012

·         Program Khidmat Masyarakat Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 mengikut tema yang ditentukan.

·         Program 3K Peringkat Sekolah

·         Program Bulan Kemerdekaan Malaysia (Bulan Ogos-September)

·         Minggu PSK

·         Program Gotong Royong Sekolah

·         Lawatan/ Luar Sekolah

           

                         

                                                                           Tindakan : Semua guru PSK











7.0  Kewangan/Belanjawan Panitia 2012



             7.1 Baki semasa tahun 2011 RM 652.30 manakala PCG tahun 2012  adalah 

                   sebanyak RM 10,750.00

             7.2 Peruntukan ini akan diagihkan mengikut tingkatan bermula tingkatan1

                   hingga tingkatan 5.

        

                                                                                        Tindakan : Semua guru PSK



8.0  Program Inovasi 2012

8.1  Pengerusi memaklumkan bahawa matapelajaran PSK tiada PBS, tetapi guru wajib membuat ujian kepada pelajar kemudian memasukkan markah PSK ke dalam SAPS.

8.2  Pengerusi juga memberitahu beliau telah pun membeli beberapa gambar bagi program inovasi antaranya gambar Perdana Menteri, Gambar Raja-Raja mengikut standart keperluan sekolah.

                                                                            Tindakan : Semua guru PSK

9.0  Hal-Hal  Lain

9.1  Pn Hasnah memberitahu terdapat beberapa kelas yang pelajarnya mempunyai sikap malas tidak menyiapkan folio hal ini menyebabkan markah peperiksaan PSK merosot.

9.2  Pengerusi telah pun meyiapkan jadual bina item soalan,selepas cuti Tahun

      Baru Cina akan diedarkan.

                                                                                  Tindakan : Semua guru PSK

10.0          Penutup



Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang







Disediakan oleh  : Siti Aisah Binti Mohd Noor

Setiausaha PSK SMK Tun Mutahir


Tiada ulasan:

Catat Ulasan