SMK TUN MUTAHIR

BATU BERENDAM MELAKA



PROPOSAL



PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT TINGKATAN 5

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

2012





TEMA:



BUDAYA SELAMAT DI SMK TUN MUTAHIR











ANJURAN

UNIT 3K – KESELAMATAN

DAN

PANITIA PENDIDIKAN SIVIK



Kertas Kerja Jawatankuasa Kerja Unit Keselamatan dan Panitia Pendidikan Sivik

SMK TUN MUTAHIR

BATU BERENDAM

MELAKA



PENDAHULUAN

Untuk merealisasikan polisi sekolah selamat berjalan dengan baik dan terancang, satu program sekolah selamat yang bertema Budaya Sekolah Selamat akan dijalankan sebagai satu usaha ke a rah meningkatkan keselamatan sekolah dan semua warga sekolah. Justeru ini beberapa elemen yang penting perlu dipertimbangkan untuk menjamin kejayaan pelaksanaan konsep sekolah selamat ini . Antara elemen-elemen ialah:-

1.       Kesedaran awan atau komuniti

2.       Penekanan kepada penghayatan nilai-nilai murni merentasi kurikulum dan kokurikulum

3.       Peraturan sekolah

4.       Khidmat kemasyarakatan

Khidmat masyarakat merupakan satu komponen amali Pendidikan dan Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan murid dalam bentuk projek yang boleh membantu meningkatankan imej diri, sekolah dan komuniti.

2.0 TUJUAN

Kertas kerja ini adalah unuk memohon pertimbangan dan persetujuan daripada Tuan Pengetua dan pihak pentadbiran sekolah untuk meluluskan penggunaan peruntukan PSK untuk tujuan membuat papan tanda, template dan cat serta alatan seperti berus cat.

3.0 MATLAMAT

Program budaya sekolah selamat ini bertujuan mempamerkan polisi, peraturan dan tatacara yang berkaitan dengan Amalan Selamat di tempat yang sesuai dan berkaitan. Pihak sekolah memasang beberapa papan tanda (bebentuk papan besi/ yang dispraykan ke dinding) yang bertujuan untuk mengingatkan murid-murid dan semua warga sekolah mengenai keselamatan masing-masing. Program ini dianjurkan sebab pihak sekolah amat menitikberatkan keselamatan dan sedar akan tanggungjawab pihak  sekolah untuk mendidik murid-murid mengutamakan keselamatan dalam apa jua aktiviti yang dijalankan dan juga di setiap penjuru kawasan sekolah.

4.0 OBJEKTIF

·         Menyedia dan menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan keselamatan diri murid

·         Mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif yang menpunyai peraturan yuang dapat membantu keselamatan semua



5.0 JAWATAN KUASA PENGELOLA

Semua guru 3K dan guru pendidikan Sivik Kewarganegaraan dan murid Tingkatan 5 2012

6.0 TARIKH, HARI DAN MASA

March dan April

7.0 TEMPAT

Sekeliling kawasan sekolah

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN & SUMBER KEWANGAN

(Sila rujuk lampiran A) –Panitia PSK

PENUTUP

Program ini adalah diharapkan mendapat sokongan, kelulusan dan kerjasana semua pihak demi keselamata semua Warga SMKTM.

“UTAMAKAN KESELAMATAN DIRI DEMI HIDUP BAHAGIA”



Disediakan oleh :                                            Disemak oleh:





PN TEE LEE LEE                                                   EN. CHUA KAI HUAT

Guru keselamatan                                           Ketua Panitia PSK





Disahkan oleh:




___________________________________


Tiada ulasan:

Catat Ulasan